Friday, February 20, 2009

TAHNIAH UNTUK SHAFIQ

Salam untuk semua.

Setelah dijemput oleh anak sulong saya untuk menjadi contributor dalam blognya,maka inilah kali pertama saya menjadi penulis blog. Niat untuk menulis di sini hanya untuk menemani anak sulongku yang kreatif ni...lagipun inilah masanya untuk saya... ermmm....menjenguk-jenguk apa yang orang muda sekarang buat..supaya...apa orang kata, tak le saya ni buta terus hal blog memblog ni, walaupun sebenarnya saya seorang penulis akademik yang terlibat secara langsung dalam penulisan akademik. tapi mind you shafiq, mama tak ler nak encroah privacy shafiq...

Untuk tulisan pertama di blog anak sulong kesayangan ni, saya merakamkan rasa bangga saya kepada anak sulong saya ni...belajar komputer tanpa kelas formal, buat blog ni pun atas kreativity sendiri..sebenarnya kata shafiq, dia ni got inspired ngan mok teh dia kakungku@blogspot yang telah lama memblog..walaupun saya kadang-kadang terpaksa bising-bising terutama bila shafiq terlalu lama di depan internet...bukan apa, kot shafiq tak siap kerja sekolah dan kena merit...tahun ni PMR la...

Apapun, harap-harap dengan memblog ni, dapat juga membina pemikiran yang tuntas dan keperibadian yang tinggi. dapat menilai apa yang baik dan buruk serta memilih apa yang baik sahaja..dan tak ler duduk dalam dunia sendiri sahaja...dapat mengikuti perkembangan semasa dan menulis untuk kebaikan diri, agama dan masyarakat...menulis di blog bukan hanya sekadar menulis, tetapi mencipta platform bagi menyuarakan rasa dan pendapat untuk pembinaan insaniah yang sempurna...ingat pesan al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin yang masyhur itu...belajar dan menulis harus dimatlamatkan ke arah kebaikan.

TAHNIAH again shafiq...mama bangga lah nih...



No comments:

Post a Comment